CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, August 11, 2009

Hari ni maybe ada kelapangan sikit so guna masa ni untuk jenguk blog yang dah lama tak update. Tiap-tiap hari online tapi tak berkesempatan nak publish something....selalunya si kecikku Sarah aje yang dapat ngadap komputer...buat ape lagi, tengok kartun la..kekadang pasang cd pelajaran untuk dia..asalkan dia minat untuk belajar, elok galakkan saja...

Now tengah kecoh dengan virus merbahaya AHINI.. semoga Allah menyelamatkan seluruh keluarga kami daripada penyakit tersebut...Ya Allah selamatkan seluruh kaum Muslimin dan Muslimat daripada penyakit ini...amin
Isu utama dalam pengurusan kokurikulum di sekolah
Oleh: Aireza//ziella

Pendahuluan

Kokurikulum merupakan salah satu aktiviti yang wajib dijalankan di semua sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Aktiviti kokurikulum di sekolah diyakini dapat membentuk dan mendidik murid-murid agar menjadi warga yang mementingkan gaya hidup aktif dan sihat. Lantaran itu, ia dapat mengimbangi perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek murid-murid selaras dengan pertumbuhan fizikal.
Kementerian Pendidikan Malaysia amat perihatin terhadap perkembangan sahsiah yang menyeluruh dan seimbang serta kecerdasan murid-murid sekolah. Sehubungan itu, Bahagian Pendidikan Guru (BPG) memainkan perana yang penting dalam menyediakan guru-guru yang berpengetahuan, berkemahiran dan profesional untuk mendidik murid-murid agar menjadikan kecerdasan dan penampilan diri yang positif sebagai budaya dalam kehidupan harian mereka.
Mata pelajaran Gerak Kerja Kokurikulum (GERKO) dapat memberi peluang kepada murid untuk menimba ilmu pengetahuan, kemahiran serta membina sahsiah positif dan murni dalam kehidupan mereka. Pelajar-pelajar yang kurang upaya juga diwajibkan mengikuti mata pelajaran ini yang diubahsuai khas untuk mereka. Malah bagi sekolah-sekolah yang tidak menjalankan aktiviti kokurikulum boleh didakwa dan didenda mengikut arahan pekeliling kementerian yang telah diedarkan ke sekolah-sekolah di seluruh Malaysia..
Mata pelajaran GERKO ini membolehkan murid-murid mempelajari komponen unit beruniform, sukan permainan, persatuan dan kelab secara amali dan teori secara bersepadu. Semua mata pelajaran ini diharap dapat dapat mengembangkan minda, bakat dan potensi kepimpinan muri-murid secara menyeluruh, seimbang dan berterusan. Semua mata pelajaran yang dipelajari semasa proses pengajaran dan pembelajaran akan dapat dipraktikkan semasa aktiviti koko. Dengan kata lain kokurikulum adalah pelajaran secar tidak formal di luar bilik darjah.

Terdapat beberapa isu yang melibatkan pengurusan kokurikulum di kebanyakan sekolah.. Antara isunya di dalam pengurusan kokurikulum di sekolah ialah dalam aspek pengurusan masa. Setiap sekolah diberi masa sekurang-kurangnya dua jam untuk melaksanakan aktiviti kokurikulum di sekolah masing-masing. Sekiranya sekolah tesebut menjalankan pengajaran dan pembelajaran dua sesi iaitu pagi dan petang, pihak pengurusan koko juga mesti membuat jadual kokurikulum bagi sesi pagi dan petang.

Pada kebiasaannya bagi pentadbir kurikulum dan kokurikulum sekolah akan menghadapi kesukaran membuat 2 set jadual waktu pengajaran dan pembelajaran yang berlainan apabila melibatkan aktiviti koko dan kurikulum. Aktiviti badan beruniform dan kelab biasanya dijalankan selepas tamat sesi p & p pada hari Rabu, iaitu pada waktu tengahari. Berlainan dengan komponen bagi sukan dan permainan, aktiviti tersebut lebih sesuai dijalankan pada waktu pagi untuk latihan praktikal.Oleh yang demikian, aturan jadual berlainan diperlukan bagi kedua-dua komponen ini bagi setiap minggu. Selalunya berlaku pertindihan waktu antara aktiviti yang dirancang oleh pengurusan kurikulum dengan kokurikulum. Akibatnya sesetengah pelajar akan keciciran daripada mengikuti aktiviti kokurikulum , contohnya murid tahun 6 yang terlibat dengan kelas tambahan tidak akan berpeluang untuk mengikuti aktiviti koko.

Aktiviti yang berlainan pada setiap minggu juga memaksa guru dan murid mengingati jadual giliran samada aktiviti kelab, persatuan, permainan atau badan beruniform. Ini menyebabkan sesetengah murid salah memakai pakaian seragam yang sepatutnya dipakai pada minggu tersebut. Bagi mengelakkan perkara ini, seharusnya bagi pentadbir sekolah perlu membuat jadual yang lebih efektif dan mudah untuk guru dan murid mengingatinya.

Disebabkan oleh kekangan waktu dan jumlah guru pemimpin yang terhad juga, kadangkala aktiviti kokurikulum tidak dapat berjalan lancar seperti yang dirancang. Oleh yang demikian untuk mengelakkan hal ini berlaku maka, pihak pentadbiran sekolah haruslah memastikan setiap guru-guru yang ada mestilah mempunyai kemahiran yang maksimum dalam ilmu GERKO supaya aktiviti koko dapat dijalankan dengan lancar walaupun hanya seorang guru pemimpin yang mengendalikan aktiviti bagi setiap kumpulan dalam sesuatu masa.

Masa yang digunakan untuk kokurikulum juga kadang-kadang tidak dapat dijalankan secara optimum kerana kehadiran guru yang tidak menepati masa disebabkan urusan-urusan lain yang menganggu. Akibatnya masa dua jam yang diperuntukan menjadi kurang cekap dan terbuang. Murid-murid juga akan berkeliaran dan membuang masa tanpa sebarang aktiviti. Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini, ketepatan masa amat perlu dipatuhi untuk memastikan jam yang diperuntukkan untuk koko digunakan secara berkesan dan efisyen.

Seterusnya, aktiviti kokurikulum bukan sahaja tertumpu di dalam kawasan sekolah, malah adakalanya murid-murid perlu diberi pendedahan diluar kawasan sekolah untuk merasai pengalaman sebenar kehidupan. Aktiviti sampingan seperti lawatan sambil belajar yang boleh dikaitkan dengan aktiviti koko juga tidak dapat dijalankan pada masa kokurikulum kerana masa yang terhad. Contohnya jika Kelab Pencegahan Jenayah dan Anti Dadah ingin mengadakan lawatan ke pusat-pusat pemulihan ataupun ke penjara, maka mereka terpaksa mengatur waktu yang lebih sesuai untuk menjalankan program tersebut. Oleh yang demikian, jika diperhalusi maka terdapat aktiviti-aktiviti yang memerlukan masa lebih dari 2 jam untuk dijalankan program, atau dengan kata lain, peruntukan masa 2 jam yang diberi juga perlu dikaji dengan teliti adakah ia masih relevan atau sebaliknya.

Penutup
Kesimpulannya, aktiviti kokurikulum atau Gerko amat berguna dan baik kepada semua murid mengikutinya, malah aktiviti ini dapat menjadikan murid lebih berdisplin, berdikari, patuh arahan pemimpin, bekerjasama atau lebih tepat dikatakan kokurikulum merupakan pelengkap kepada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas yang mana murid dapat membentuk nilai-nilai positif dan murni di dalam diri mereka. Bertitik- tolak daripada kebaikan dan kelebihan tersebut, maka seharusnya masalah-masalah kecil yang timbul dalam pengurusan kokurikulum sekolah haruslah ditangani dengan bijak dan berhemah agar semua pelajar akan dapat menjalani dan mengikuti semua aktiviti yang

Monday, April 20, 2009

PENDAHULUAN

Penyalahgunaan dadah di Malaysia bukanlah satu fenomena baru. Ia mempunyai kaitan rapat dengan pembangunan ekonomi negara pada awal abad kesembilan belas, iaitu bermulanya kemasukan buruh asing ke negara ini.

Buruh asing yang dibawa masuk untuk bekerja dilombong dan lading membawa bersama mereka tabiat menghisap candu dari negara asal mereka. Penagihan candu mula menjadi satu masalah kepada pihak penjajah pada penhujung abad kesembilan belas. Pihak inggeris mula mengambil langkah mengawal penjualan pengedaran candu.

Dalam 1910, selaras dengan kehendak ‘Konvensyen Shanghai’, kerajaaan penjajah telah mengambil alih pengimportan dan penjualan candu melalui kedai-kedai candu kerajaan. Pada 1925, sejajar dengan ‘Konvensyen Geneva Mengenai Candu’, candu hanya boleh dijual kepada mereka yang berdaftar sebagai penghisap ‘bona-tide’ saja.

Pada 1934, selaras dengan perakuan Suruhanjaya Penyiasat Liga Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Candu, kawalan lebih ketat dilakukan. Candu hanya boleh dijual kepada mereka yang diperakukan oleh pengamal-pengamal perubatan saja. Selain daripada penggunaan candu ada juga penggunaan morfin. Menurut laporan Suruhanjaya Candu 1909 menyatakan penggunaan morfin oelh penagih candu telah meningkat. Di samping candu dan morfin ada juga penggunaan ganja, namun penggunaannya pada masa itu tidak menjadi masalah. Tiada sebarang sekatan atau larangan yang dikenakan kepada penggunanya.

Pada 1952, Kerajaan telah memperkenalkan ‘Ordinan Dadah Berbahaya’yang antara lain kandungannya melarang memiliki, menggunakan, pembuatan, penjualan dan pengimportan segala jenis dadah merbahaya. Menjelang akhir 1960-an, seperti juga dengan kebanyakan negara di rantau ini, corak penggunaan dadah telah berubah.
Antaranya :
1) Penagih terdiri daripada golongan muda dari semua kaum.
2) Berbagai dadah berbahaya digunakan, termasuklah dadah sintetik
3) Cara penggunaan dadah adalah lebih berbahaya.

Golongan muda belasan tahun adalah sebahagian besar yang menyebabkan
bertambahnya bilangan penagih dadah. Sebilangan besar daripada mereka menggunakan heroin dan morfin. Di samping itu ganja juga adalah dadah yang popular. Penyalahgunaan bahan psikotropik, seperti pil-pil methaqualone, amfetamin, barbiturat dan lain-lain juga ketara.

Tahun 1960-an adalah tahun pengaruh corak kehidupan ‘hippy’ telah meninggalkan kesan ke atas golongan muda di negara ini. Mereka terpengaruh dengan tabiat penggunaan dadah yang diamalkan oelh kumpulan hippy. Ganja adalah salah satu jenis dadah yang digunakan oleh kumpulan ini. Penggunaannya di kalangan golongan muda lama kelamaan berubah kepada penggunaaan heroin dan morfin yang lebih berbahaya.

PENGERTIAN DADAH
Dadah ialah apa-apa juga bahan kimia, samada asli atau tiruan, apabila dimasukkan kedalam tubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental.

JENIS-JENIS DADAH
Dadah boleh dibahagikan kepada empat bahagian.
Penenang seperti Barbiturat, Mandrax, dan alkohol
Perangsang (stimulants) seperti Amfetamin atau dikenali sebagai Pep Pills yang disalahgunakan oleh kalangan pelajar semasa henda mengambil peperiksaan
Hayalan adalah dadah perosak jiwa seperti ganja
Narkotik seperti candu, morfin, heroin dan Penthidin.

Jenis-jenis dadah adalah seperti berikut :

Heroin
Heroin ialah sejenis dadah yang dihasilkan dengan cara penghabluran candu dengan sejenis kimia (asid-acetate). Heroin sebenarnya beberapa kali ganda lebih kuat dari morfin. Heroin yang dibeli di pasaran gelap, adalah berwarna putih, tepung keputih-putihan atau tepung berbutir-butir berwarna coklat. Selalunya ia dibancuh atau dibuat dengan bahan-bahan seperti susu tepung atau gula tepung. Ia biasanya dibungkus dalam beg-beg kertas yang nipis dan terang, beg-beg plastik atsu dalam tabung gelas atau tiub plastik penyedut minuman (straw) yang kecil.
Heroin biasanya disalahgunakan dengan cara berikut :
i) Dimasukkan ke dalam rokok dan dihisap
ii) Dibakar dan dihidu asapnya.
iii) Dihidu dengan memasukkan ke dalam lubang hidung.
iv) Dimasuk hingga menjadi cecair dan kemudian disuntuk ke dalam urat dengan menggunakan jarum hipoderma.

Morfin
Morfin adalah candu yang aktif serta utama, dan digunakan untuk meringankan kesakitan. Bagaimanapun ia menduduko tangga kedua selepas heroin sebagai dadah yang disalahgunakan. Morfin disalahgunakan secara meluas oleh penagih terutama sekali pabila heroin susah untuk didapati. Sulfat morfin ialah cairan yang tidak berwarna dan tidak berbau. Morfin juga berbentuk empat segi, ringan dan berwarna putih. Selain itu morfin juga terdapat dalam bentuk tablet-tablet putih kecil atau kapsul. Di Malaysia, cara yang biasa untuk membungkus Morfin adalah dalam bungusan-bungkusan kertas kecil. Morfin juga dikenali dengan M, Dreamer, Morpho dan lain-lain lagi.
Morfin digunakan dengan cara memakan dalam bentuk kapsul, tetapi cara penggunaan yang sangat kerap ialah dengan cara suntikan ke dalam pembuluh dengan menggunakan jarum suntikan.

Ganja (Marijuana)
Ganja ialah sejenis dadah yang didapati dalam bunga dan daun-daun pokok Indian Hemp, Canabis Sativa. Pokok ini tumbuh liar di banyak tempat di Asia (termasuk Malaysia), Mexico, Afrika dan Timur Tengah. Daun ganja yang kering berwarna hijau pucat. Bau aapnya ialah bau rumput atau tali terbakar serta bau hangit. Ganja didapati di pasaran haram adalah dalam bentuk campuran, dibungkus dalam kertas coklat, biasanya berbentuk silinder. Hashish iaitu resin (gam) yang tulen dari pokok ganja dan dipasarkan dalam bentuk tongkol-tongkol berwarna coklat hitam seperti tanah liat yang keras. Ganja juga dikenali dengan Indian Hemp, Bhang, Barang, Tarik Daun, Loco weed dan lain-lain lagi.
Ganja biasanya digunakan dalam bentuk daun-daun yang kering dengan bunga pokok ganja yang dihancurkan. Ganja selalaunya dihisap dalam rokok atau paip dan juga boleh digunakan sebagai satu bahan dalam makanan. Rokok ini dibuat dengan menggulung daun-daub gabja itu dalam daun nipah yang biasanya digunakan atau dalam kertas rokok dengan digentel kedua-dua hujungnya.

Candu
Candu adalah cairan yang berupa susus yang kering dan dikeluarkan dari bunga popi yang muda. Pokok ini ditanam terutamanya di negeri-negeri Timur Tengah dan asia. Dalam bentuk asalnya, candu adalah berwarna, melekat-lekat,berbau wangi dan berupa tar. Kodein, morfindan heroin yang merbahaya yang dibuat dari candu dan lain-lain darinya dipanggil dadah narkotik. Candu adalah satu daripada dadah- dadah yang tertua yang digunakan oleh manusia. Candu juga dikenali dengan “O”, Pen Yan, Hop, Tar, Black Stuff Opium, Madat.
Candu selalunya dihisap dengan menggunakan paip. Satu cara lagi ialah dengan memanaskan candu itu dan menghidu wapnya melalui hidung atau mulut, dengan menggunakan kertas yang digulung atau lain-lain jenis alat yang berupa straw.

Amfetamin
Amfetamin mula-mula dihasilkan dalam tahun 1920 untuk kegunaan perubatan. Ia merupakan ubat perngsang kepada system saraf pusat dan terkenal dengan kebolehannya untuk menahan rasa mengantuk dan keletihan. Ia juga kadang-kadang digunakan untuk membunuh selera makan dalam usaha mengurangkan berat badandi bawah penyeliaan perubatan. Ubat perangsang yang sangat kerap digunakan ialah amfetamin,dekstroamfetamin dan methamfetamin. Amfetamin boleh dibeli secara sah dengan nasihat doctor, secara haram atau melalui pengedar dadah. Amfetamin juga dikenali sebagai Speed, Pep pills, Dexies, Ups dan lain-lain.
Amfetamin dimakan dalam bentuk tablet atau kapsul. Ada juga yang dalam bentuk cairan dan dimasukkan ke dalam pembuluh tetapi ini bukanlah satu cara yang lazim.

Barbiturat
Barbiturat adalah ubat penenang yang digunakan oleh doctor secara dos kecil
untuk seseorang itu tidur atau mengurangkan ketegangan. Mula-mula dikeluarkan dalam tahun 1846 dari asid barbiturat untuk melemahkan system saraf pusat. Kebanyakan barbiturat dijual dengan menggunakan nama-nama berakhir dengan “al”. Barbiturat juga dikenali dengan Down, Downers, Barb, Gootballs, Red, Redbird dan lain-lain lagi. Barbiturat dimakan dalam bentuk tablet atau kapsul.

Punca-Punca Penyalahgunaan Dadah

Mengikut kajian oleh pakar-pakar perubatan dan juga pakar-pakar yang membuat penyelidikan atas penagih-penagih dadah dan juga mereka-mereka yang menyalahgunakan dadah adalah seperti berikut:-

a) Ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba oleh dirinya sendiri.
b) Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya tiap-tiap jenis dadah itu.
c) Dipengaruhi oleh kawan-kawannya dan oleh sebab hendak menyesuaikan dirinya dengan sesuatu kumpulan yang sebaya dengannya.
d) Mencari ketenteraman jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah kehidupan.
e) Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya.
f) Untuk menghilangkan kerunsingan yang didatangkan oleh desakan ibubapa.
g) Tidak menggunakan masa lapangnya dengan perkara-perkara yang berfaedah.
h) Mengikut tekanan darah mudanya dengan sekehendak hatinya.
i) Kerana keporak perandaan rumahtangga.
j) Kerana tidak ada kemesraan yang baik diantara ibubapa dan anak-anak.
k) Kerana ingin berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada yang termampu olehnya.
l) Kerana adanya dadah dan kebijaksanaan pengedar-pengedar dadah untuk menjalankan pengaruhnya.
m ) Kurang pengetahuan Agama dan penghayatan nilai-nilai Agama.
n) Kerana mempunyai sikap sinis terhadap masyarakat yang pura-pura, masyarakat kebendaanm masyarakat yang tidak mengamalkan keadilan social dan masyarakat yang menentang pihak yang berkuasa.
o) Tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di Bandar-bamdar besar.

Kesan-Kesan Penagihan Dadah
Kesan buruk dadah boleh dilihat daripada 4 sudut yang berlainan:
1) Akibat ke atas diri sendiri

Akibat yang jelas ialah dari segi tingkahlaku diri penagih itu sendiri. Si penagih akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih-penagih dadah, penjenayah serta penipu. Ia tidak bertanggungjawab kepada kerja atau persekolahannya.
Dari segi fizikal, penagih menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kelihatan berada dalam khayalan, penagih boleh kehilangan tenaga seks, pitam, pengasan, berperasaan ganas, rasa ketagihan yang berlebihan, sakit perut dan berkemungkinan mati kerana menambil dadah berlebihan. Daya tahan badan penagih akan menjadi lemah dan ia mudah dijangkiti pelbagai penyakit seperti kancing gigi, mandul dan sebagainya.

(2) Akibat ke atas keluarga penagih
Maruah dan nama baik keluarga penagih akan tercemar di kalangan masyarakat. Diri penagih boleh Diri penagih boleh menjadi bebanan kepada keluarganya kerana terpaksa menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya. Harapan ibu bapa ke atas anak yang telah terlibat dengan dadah menjadi musnah. Rumah tangga akan menjadi porak peranda. Perpisahan dan penceraian di antara ahli keluarga mungkin berlaku.

(3) Akibat ke atas masyarakat
Suasana hidup di dalam masyarakat tidak lagi tenteram kerana terdapatnya kejadian mencuri, merompak dan lain-lain yang dilakukan oelh penagih-penagih yang memerlukan wang untuk membeli dadah. Didapati 40% daripada banduan penjara adalah pesalah dadah. Keadaan seperti ini sudah tentu mengganggu keamanan, ketenteraman, ketertiban peraturan dan undang-undang negara.
Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan anak muda dengan dadah. Persengketaan dan perselisihan faham antara sebuah keluarga dengan keluarga yang lain boleh terjadi akibat penglibatan anak-anak dengan dadah.

(4) Akibat ke atas negara
Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah dadah yang melanda negara ini. Kos yang tinggi ditanggung oleh negara atau masyarakat, dari segi kos nyata (tangible) dan kos tidak nyata (intangible). Kos nyata termasuklah :
(a) Kehilangan/kerugian akibat pengurangan daya pengeluaran ekonomi;
(b) Kos bagi menyediakan kemudahan-kemudahan rawatan dan pemulihan
penagih dadah.
(c) (Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan;
(d) Kos kerana kerugian akibat daripada aktiviti-aktiviti jenayah yang berkaitan; dan
(e) Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasaan seperti menambahkan
bilangan anggota polis,kakitangan jabatan penjara, mahkamah, hospital dan sebagainya.
Kos tidak nyata yang mengakibatkan kerugian lebih besar yang mana sukar ditentukan jumlahnya dengan tepat, termasuklah ketakutan dan kekecewaan yang dialami oleh masyarakat dan mangsa aktiviti-aktiviti jenayah yang dilakukan oleh penagih dan pengedar dadah.
Golongan masyarakat yang terbesar terlibat dengan masalah dadah ialah kaum belia yang menjadi tulang belakang pembangunan negara dan bakal pemimpin. Perangkaan yang lalu membuktikan bahawa dari jumlah penagih yang dikesan, kira-kira 65% adalah terdiri daripada kaum belia yang berumur di antara 20 - 29 tahun. Ini jelas menunjukkan bahawa golongan yang menghadapi risiko yang tinggi ialah kaum belia yang menjadi harapan nusa dan bangsa.
Kesan dadah yang lebih buruk kepada negara ialah dari segi keselamatan dan ketahanan negara. Pengganas komunis dan anasir subvertif boleh menggunakan dadah sama ada :
(a) Untuk menghancurkan nilai-nilai, akhlak dan maruah negara secara langsung;
(b) Untuk menjadikan dadah sebagai punca kewangan bagi membiayai perjuangan mereka dan secara tidak langsung mendatangkan kesan buruk kepada keselamatan negara.
Kegiatan seperti ini telah terbukti di negara Burma, Afghanistan dan di beberapa buah negara Latin Amerika serta semasa penyerahan Hong Kong ke tangan British selepas Perang Candu di abad Kelapan belas

Saturday, March 14, 2009

cerita kisah anbiyak- nabi zulkifli yang saya karang untuk anak murid ke pertandingan mtq zon..
Kisah Nabi Zulkifli a.s

Assalamualaikum w.w.th

Terima kasih tuan pengerusi majlis ,barisan panel hakim yang sentiasa menegakkan keadilan
Penjaga masa yang setia, guru-guru serta rakan-rakan hadirin sekelian.
Firman Allah Taala :


Yang bermaksud :
" Dan Ingatlah kisah Ismail, Idris dan Zulkifli…semua mereka termasuk orang-orang yang sabar, kami telah masukkan mereka ke dalam rahmat kami ..sesunggguhnya mereka termasuk orang-orang yang soleh…

Kawan-kawan…..

Nabi Zulkifli adalah putera Nabi Ayub a,s. Nama asalnya ialah Basyar. Allah Taala telah mengangkat menjadi nabi dan rasul sesudah kewafatan ayahndanya nabi ayub. Nabi Zulkifli adalah nabi yang ke 13 daripada 25 nabi dan rasul yang wajib diketahui. Beliau juga adalah termasuk kalangan nabi yang menjadi raja disamping berdakwah kepada kaumnya ke jalan Allah.

Sajak:

Nabi Zulkifli nabi mulia
Tidak kenal putus asa
Menasihati kaumnya kepada yang Esa
Menjauhi daripada menyembah berhala

Rajin berpuasa di siang hari
Beribadah pula di malam hari
Nabi Zulkifli nama diberi
Bererti sanggup memegang janji

Kawan-kawan….

Begitulah soleh dan rajinnya nabi Zulkifli beribadah sebelum menjadi raja mahupun selepas menjadi raja , sehinggakan Allah s.w.t telah mengurniakan kepada beliau nikmat yang berlipat ganda sebagai balasan amal kebajikan yang di lakukan. Kita juga patut mencontohi ketaatan dan sifat baik nabi Zulkifli untuk mendapat keredhaan dan rahmat daripada Allah s.w.t

Kawan-kawan….

Sebelum nabi Zulkifli menjadi raja, telah dikisahkan bahawa raja Israil, iaitu Ilyasa sudah tidak berdaya untuk memerintah dan tidak ada zuriat yang dapat menyambung pemerintahannya,..maka beliau telah memanggil semua pemuda di negeri itu untuk memilih penggantinya. Raja tersebut telah meletakkan beberapa syarat iaitu barangsiapa yang mahu menjadi raja, orang tersebut mestilah adil dalam pemerintahan, tidak menzalimi rakyat, berpuasa di siang hari , beribadah di malam hari dan tidak boleh marah-marah….

Kawan-kawan… disebabkan syarat yang ketat itu maka tiada seorang pemuda pun yang sanggup menerima tawaran tersebut… maka tampillah seorang pemuda bernama Basyar yang telah menerima syarat tersebut dan berjanji akan melaksanakannya … bermula hari itu Basyar dikenali sebagai Zulkifli yang bererti orang yang sanggup memegang janji

Begitulah hebatnya kawan-kawan nabi zulkifli yang sanggup memikul tanggungjawab yang besar semata-mata kerana ingin memimpin rakyat dan menyeru mereka menyembah Allah yang esa. Kita patut mencontohi keberanian dan ketabahan yang ditunjukkan oleh nabi Zulkifli supaya kita dapat menjadi mukmin yang berjaya dan dihormati.
Firman Allah :



Yang bermaksud : Maha suci Allah yang ditangannya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepadanya kami dikembalikan.

Kawan-kawan nak tau apa lagi keistimewaan nabi zulkifli?

Ha….nabi zulkifli juga seorang yang bijak dan sangat pakar dalam memberi hukum hakam masalah agama.

Nabi Zulkifli bijak bistari
Segala masalah dapat ditangani
Hati rakyat dapat dimenangi
Membawa rahmat dari Ilahi….

Pemerintahan adil lagi dikagumi
Membantu rakyat sangat digemari
terutama yang fakir dan miskin diri
Sehingga disegani dipelusuk negeri

Ingatlah wahai kawan-kawan…..

Walaupun kita menjadi orang yang berpangkat dan dihormati, kita tidak seharusnya melupakan Allah s.w.t kerana segala kesenangan dan kemewahan itu datangnya daripada Allah jua. Bersyukur dan ingatlah kepda Allah walau dalam keadaan apa sekalipun.
Begitulah kehidupan nabi Zulkifli yang senntiasa menjaga hubungannya dengan Allah dan mengabdikan diri berkhidmat kepada rakyatnya sehingga beliau setiap hari menyiapkan jadual waktu yang tersusun supaya kepentingan dirinya terhadap Allah dan pemerintahan negeri berjalan seiring dan lancar.

Firman Allah :

Yang bermaksud : dan ingatlah kisah Iismail, ilyasa dan zulkifli termasuk orang-orang yang paling baik.

Kawan –kawan semua…

Walaupun nabi zulkifli mendapat kesenangan, namun beliau tidak lari daripada mendapat ganguan dan ujian…antaranya beliau mahu diperdaya oleh syaitan yang menyamar menjadi manusia . Syaitan itu telah datang ke kediaman nabi Zulkifli ketika baginda sedang berehat. Syaitan telah berpura-pura menjadi tetamu dan berupaya memancing kemarahan nabi zulkifli…

.apa yang terjadi seterusnya kawan-kawan? Walaupun syaitan telah masuk ke rumah nabi zulkifl dengan cara paksa , namun nabi tetap bersabar dan menerima kedatangan si tetamu tersebut dengan lapang dada… malang sungguh bagi syaitan itu telah gagal untuk memperdaya dan gagal membuatkan nabi zulkifli marah. Beliau tetap berpegang teguh kepada janjinya supaya tidak marah-marah .
Firman Allah :


"Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar"

"Begitulah kawan-kawan bertapa hebatnya kesabaran nabi zulkifli menghadapi segala ujian dan ancaman yang datang tanpa sedikitpun melanggar janji-janji yang dipegang dengan raja ilyas. Kita juga patut mencontohi sifat sabar dan sifat menunaikan janji nabi zulkifi. Ingatlah…. orang yang tidak menunaikan janji adalah termasuk di kalangan orang yang munafik.

Nabi zulkifli juga pernah menghadapi kaumnya yang derhaka dan tidak mahu mengikut perintah Allah. Nabi Zulkifli telah mengarahkan rakyatnya memerangi orang-orang yang durhaka tetapi sesetengahnya enggan menurut perintah beliau malah mereka menyuruh nabi zulkifli menjamin kehidupan mereka kerana mereka mahu menikmati kesenangan hidup di dunia ini…
dengan penuh sabar nabi zulkifli tetap menunaikan hajat kaumnya dan beliau telah memohon dan berdoa kepada Allah supaya permintaan mereka dikabulkan. Maka Allah telah memperkenankan doa nabi zulkifli.

Kawan- kawan…

Jika kita tabah dan cekal serta tidak berputus asa dalam kesukaran yang kita hadapi, kita akan mendapat balasan yang setimpal daripada Allah taala seperti yang diperolehi olah nabi Zulkifli a.s.
Firman Allah Taala:



Yang bermaksud : " sesungguhnya yang berputu sasa daripada rahmat Allah Adalah orang-orang kafir.

Ikan tongkol ikan duri
Sekian dulu saya mengundur diri

Wabillahi taufik wal hidayah

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
lama dah tak masuk blok.. kesihatan tak mengizinkan, ditambah kerja disekolah yang bertimbun-timbun..so slow-slow la..agar tak tension....

Wednesday, February 11, 2009

mengantarabangsakan bahasa melayu- oleh norzilawati nasir

Pendahuluan

Sebagai satu rumpun bahasa yang digunakan oleh lebih daripada dua ratus juta penduduk dunia, bahasa Melayu berkembang pesat dan mendapat pengiktrafan yang meluas. Sesuai dengan keadaan ini, seluruh aspek perkembangan bahasa, termasuk budaya dan pengucapannya, diteliti dan diselidiki dengan penuh mendalam. Bahasa Melayu telah wujud lebih daripada seribu tahun dahulu dan dipandang mulia oleh masyarakat yang mengucapkannya.. Sungguhpun begitu, proses penambahbaikan terhadap bahasa Melayu dijalankan sepanjang masa oleh badan yang bertanggungjawab untuk meningkatkan martabat dan penggunaan bahasa Melayu yang lebih efisyen dan berdaya maju setaraf dengan bahasa-bahasa lain di dunia.

1.0 Asal usul Bahasa Melayu

Perkataan Melayu timbul dalam tulisan Cina di antara tahun 644-645 Masihi. Catatan orang Cina menyatakan, bahawa orang Mo-lo-yeu mengirimkan utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China.

Perkataan Melayu berasal daripada perkataan Malaya, iaitu kependekan perkataan "Himalaya" yang bermaksud tempat bersalji. Manakala dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan "Mlayu" bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini dapat dipadan dengan nama orang Indo-Melayu (Austronesia) yang bergerak dari Yunan.

2.0 Fungsi Bahasa Melayu

2.1 Bahasa Kebangsaan

Bahasa Melayu selaku bahasa kebangsaan sebenarnya ialah bahasa yang paling penting di Malaysia. Selain merupakan entiti politik, sosial, dan budaya negara yang bernama Malaysia, bahasa Melayu merupakan satu simbol kebangsaan yang penting dan harus menjadikan kebanggaan kepada seluruh rakyat dari setiap pelosuk negara, dan juga daripada setiap kaum yang menghuni di Malaysia.

Setiap negara yang merdeka memiliki sebuah bahasa kebangsaan yang melambangkan identiti negaranya. Selain daripada memenuhi keperluan sebagai lambang penyatuan, penubuhan satu bahasa kebangsaan juga timbul ekoran daripada semangat kebangsaan. Semasa Malaysia masih dijajah oleh British, bahasa Inggeris telah digunakan seluas-luasnya sebagai bahasa pendidikan dan pentadbiran. Tidak ada usaha yang konkrit dijalankan untuk memilih sebuah bahasa kebangsaan. Namun demikian, keperluan untuk menubuhkan sebuah bahasa kebangsaan semakin mendesak selepas kemerdekaan negara pada tahun 1957.

Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, secara perlembagaan, bahasa Melayu dimaktubkan sebagai bahasa kebangsaan yang tunggal di Malaysia dan melambangkan identiti kebangsaan sehingga kini. Sehubungan itu bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan berfungsi mencipta satu lambang untuk menimbulkan satu identiti kebangsaan yang mengikut Fishman (1968) boleh menunjukkan jalan ke satu mobilisasi dan keterlibatan bersama di kalangan rakyat dengan mengatasi segala perbezaan dari segi bangsa dan kebudayaan.

2.2 Bahasa Rasmi

Selain berfungsi sebagai bahasa kebangsaan bahasa Melayu juga adalah sebagai bahasa rasmi negara. Lazimnya, mana-mana bahasa yang telah mencapai taraf bahasa rasmi, telah melalui proses standardisasi. bahasa Melayu juga tidak terkecuali dalam hal ini dan mempunyai ragam standard yang dipupuk. Antara yang telah dipupuk ialah peraturan tentang penggunaan bahasa Melayu yang betul.

Justeru semua kaum di negara ini hendaklah sentiasa memastikan penggunaan bahasa Melayu, bukan sahaja betul dari segi nahu dan aspek-aspek linguistik lain, tetapi juga sebaik-baiknya tidak mencampuradukkan bahasa Melayu yang digunakan itu dengan bahasa Inggeris, khususnya dalam majlis rasmi atau urusan formal.

Penguasaan bahasa Melayu juga hendaklah dipertingkatkan agar tidak berbentuk bahasa pasar. Fenomena bertutur dalam bahasa Melayu melalui sistem komunikasi yang kadangkalanya kasar dan janggal melalui sebutan dan intonasi, tiada peraturan tatabahasa yang betul sewajarnya tidak wujud lagi dalam kalangan penduduk Malaysia. Tambahan pula jika ia berlaku ke atas generasi muda selepas merdeka.

3.0 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu

Perkembangan bahasa Melayu moden bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden. Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu telah mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pentadbiran Islam. Semasa awal pemerintahan British, kedudukan Bahasa Melayu masih tidak tergugat, malah digunakan dalam urusan rasmi jabatan-jabatan kerajaan tertentu. Pegawai British yang bertugas di negeri Melayu dikehendaki mempelajari bahasa Melayu dan lulus dalam peperiksaan Bahasa Melayu.

Munculnya sarjana-sarjana bahasa Melayu seperti R.O. Winstedt, R.J Wilkinson, C.C.Brown, W.E. Maxwell, W.Marsden, O.T. Dussek ,W.G. Shellabear, J. Crowford dan A.M. Skinner. Kedudukan Bahasa Melayu mula terancam selepas Perang Dunia Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan. Bahasa Inggeris mempunyai nilai ekonomi dan status yang tinggi berbanding dengan bahasa Melayu. Perkembangan dan perjuangan Bahasa Melayu terus dipelopori oleh cendekiawan yang berpendidikan Melayu dan Arab. Mereka terdiri daripada wartawan, sasterawan, budayawan, guru-guru, dan ahli-ahli politik Melayu. Pertubuhan-pertubuhan Bahasa Melayu juga ditubuhkan untuk memperjuangkan dan mengembangkan bahasa Melayu. Antaranya termasuklah Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa, PASPAM, ASAS 50 dan sebagainya.Proses perancangan bahasa dilakukan supaya Bahasa Melayu berkeupayaan memikul tugas ini.
[1]

4.0 Dasar Bahasa Kebangsaan

Dasar Bahasa Kebangsan merupakan asas terpenting bagi perkembangan bahasa Melayu di Malaysia. Dasar ini memenuhi konsep perancangan taraf bahasa. Dengan adanya dasar bahasa yang menentukan pemilihan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, langkah-langkah berikutnya barulah dilakukan, iaitu propaganda, pembinaan dan perluasan penggunaan bahasa pilihan itu.

Dasar bahasa di Malaysia meletakkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi seperti terkandung dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Peruntukan yang terkandung dalam Perlembagaan itulah yang menjadi dasar bagi perkembangan bahasa Melayu seterusnya di Malaysia .

5.0 Ancaman dan Cabaran Terhadap Bahasa Melayu.

Peranan Bahasa Melayu sebagai alat komunikasi utama dalam urusan rasmi dan tidak rasmi di negara ini sedang dicabar hebat ekoran arus globalisasi. Perkembangan terkini dalam sektor-sektor penting, misalnya pentadbiran dan pendidikan amat ketara sekali mencabar peranan bahasa Melayu, yakni bukan sekadar merosakkan kemurnian bahasa Melayu akibat campur aduk bahasa dalam komunikasi, tetapi penurunan nilai ekonominya apabila penggunaannnya dalam bidang sains dan teknologi digantikan dengan bahasa Inggeris. Timbul kebimbangan bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan Malaysia semakin hari semakin terpinggir peranannya yang seterusnya bakal mengundang masalah dalam pelestarian jati diri negara yang berteraskan masyarakat, budaya dan Bahasa Melayu.

Melalui kemajuan teknologi maklumat, tiada sempadan yang dapat memisahkan sesebuah negara. Setiap negara di dunia semakin saling bergantung antara satu dengan yang lain. Suasana ini telah mendatangkan kesan negatif kepada kedudukan bahasa Melayu menjadikannya semakin tergugat oleh bahasa Inggeris. Masyarakat umum iaitu Cina, India dan golongan elit Melayu mengagung-agungkan kehebatan bahasa Inggeris. Penekanan mereka terhadap bahasa Inggeris amat keterlaluan. Mereka menggunakannya dalam semua aspek kehidupan. Dalam perbualan sesama ahli keluarga, bahasa Inggeris yang digunakan. Hal ini menunjukkan bahawa mereka tidak yakin terhadap kemampuan bahasa Melayu. Mereka menolak hakikat sejarah negara ini yang berpangkal daripada politik Melayu dan lebih senang menerima bahasa Inggeris. Ancaman seperti ini tidak boleh dipandang ringan.

Nilai ekonomi bahasa Inggeris jauh mengatasi nilai ekonomi bahasa Melayu. Bahasa Inggeris menjadi penting dalam usaha mencari pekerjaan. Syarat bahasa Inggeris tertera dalam iklan-iklan jawatan kosong. Orang yang fasih dan lancar dalam bahasa Inggeris mudah mendapat kerja. Sebaliknya, golongan yang lemah dalam penguasaan bahasa Inggeris disingkirkan. Akibatnya suatu kejutan rakyat Malaysia mempelajari dan mengagung-agungkan bahasa Inggeris sehingga bahasa Melayu seakan hilang martabatnya.

Dalam sektor swasta, bahasa komunikasi yang digunakan adalah bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris turut digunakan dalam urusan rasmi yang melibatkan surat-menyurat, seminar mesyuarat, iklan-iklan media massa dan borang perjanjian firma guaman. Malah, ia turut digunakan dalam komunikasi di kompleks-kompleks membeli belah, hotel, papan tanda dan notis jualan murah. Apa yang paling menyedihkan sasarannya ialah orang Malaysia yang fasih berbahasa Melayu.

Selain itu, penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di institusi pengajian swasta juga semakin meluas. Banyak kolej swasta menjalankan program berkembar bersama-sama dengan universiti luar negara. Kolej-kolej swasta ini disyaratkan memasukkan pengajaran bahasa Melayu dalam rancangan pembelajaran mereka. Malangnya, pihak kolej sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Bahasa pengantar tetap bahasa Inggeris. Akibatnya, peranan bahasa kebangsaan kita sebagai bahasa ilmiah terabai. Ancaman dan cabaran bahasa Inggeris terhadap bahasa melayu juga jelas terbukti di kota-kota besar di Malaysia dewasa ini. Bahasa Inggeris sudah menjadi lingua franca majoriti warga kota. Di merata tempat, bahasa Inggeris dituturkan oleh orang ramai. Bahasa Inggeris menjadi lambang status seseorang. Individu yang kurang fasih berbahasa Inggeris dianggap kurang berpendidikan. Pandangan sedemikianlah yang telah menjejaskan imej dan martabat bahasa kebangsaan kita.


6.0 Usaha Mengantarabangsakan Bahasa Melayu

6.1 Peranan Kerajaan

Dalam usaha mengantarabangsakan bahasa melayu melalui buku serta sastera tempatan, kerajaan perlu menghasilkan serta mengetengahkan koleksi besar yang diyakini mampu menarik minat penerbit luar untuk menterjemahkannya ke pelbagai bahasa dunia. Secara tidak langsung, usaha ini dapat mengetengahkan bahasa Melayu di mata masyarakat asing yang berminat untuk mempelajarinya. Usaha ini juga amat penting kerana karya melayu sekadar besar dalam lingkungan kelompok tertentu tidak akan mampu membawa bahasa melayu ke mana-mana. Karya yang kuat itu perlu diketengahkan ke peringkat antarabangsa dan seterusnya dipromosikan bagi menarik minat penerbit asing bekerjasama menterjemahkan karya-karya ini untuk pasaran negara masing-masing. Cara ini akan dapat menawarkan sastera Melayu kepada khalayak antarabangsa, sekaligus memperkasakan kewujudannya, baik di tanah air sendiri, mahupun di peringkat antarabangsa.

Pelaksanaan dasar bahasa yang digubal oleh kerajaan perlu dijalankan secara meluas. Pelaksanaan secara terbatas beerti menghadkan tindakan perlaksanaan berdasarkan apa-apa yang tersurat dalam undang-undang bahasa yang ada. Misalnya, menurut peruntukan Fasal 152 Perlembagaan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1967, penggunaan bahasa Melayu sebagai "bahasa rasmi" hendaklah dihadkan bagi urusan pentadbiran kerajaan sahaja,kusunya dalam bidang pentadbiran awam,bidang kehakiman dan perundangan. Hal ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa kerajaan atau pelaksana dasar bahasa tidak boleh mengembangkan domain atau ranah bahasa Melayu di luar bidang urusan rasmi kerajaan. Begitu juga di luar sistem pendidikan kebangsaan, bahasa lain boleh digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah dan institusi pengajian tinggi swasta.

Pelaksanaan dan penggunaan bahasa Melayu perlu dilaksanakan secara meluas agar jati diri bangsa Melaysia tehadap bahasa kebangsaannya terus kukuh. Penguatkuasaan undang-undang perlu untuk memastikan pelaksanaan dasar bahasa sebagai pembentuk jati diri bangsa tercapai. Dengan adanya kuasa undang-undang penggunaan bahasa Melayu dapat diperluaskan di luar bidang urusan rasmi kerajaan seperti dalam iklan di ruang awam atau untuk menggunakan nama yang bercorakan Malaysia di kawasan perumahan yang dibina oleh pihak swasta. Hal ini perlu kerana peminggiran penggunaan bahasa Melayu di sektor swasta selama ini berlaku atau dibiarkan berlaku kerana orang mentafsirkan undang-undang bahasa secara sempit dan tidak ada undang-undang yang secara langsung menyokong penggunaan bahasa Melayu. .
Kesungguhan Institut Terjemahan Negara yang mengambil bahagian di Frankfurt Book Fair 2008 dengan misi untuk mengantarabangsakan karya-karya Malaysia adalah contoh yang mesti dibanggakan kerana telah mengantarabangsakan karya-karya Malaysia seperti siri komik “Kampung Boy” karya Dato’ Lat.

6.2 Peranan sektor swasta

Sektor swasta harus memainkan peranannya untuk memertabatkan bahasa Melayu. Sumbangan dalam bentuk wang dan hadiah amat penting. Banyak bank di negara Malaysia menaja rancangan yang dapat memantapkan bahasa Melayu. Sebagai contohnya, pihak swasta telah membiayai kos pembelanjaan Pengajian Bahasa Melayu di Universiti Australia. Langkah ini membolehkan bahasa Melayu dikembangkan di luar Negara.

Pelbagai pertandingan pantun serta hadiah insentif diberikan oleh pihak penaja swasta. Misalnya Public Bank menaja pertandingan cerpen remaja, sajak dan penulisan kreatif. Publik Bank juga membantu menerbitkan karya-karya Melayu yang memenangi hadiah sayembara. Sememangnya, bantuan kewangan sektor swasta ini amat membantu perkembangan bahasa Melayu.

Sektor swasta juga perlu mengakui nilai ekonomi bahasa Melayu. Sektor swasta harus menjadikan bahasa Melayu alat komunikasi dalam menjalankan urus niaga. Misalnya, mesyuarat syarikat, dokuman perjanjian, laporan tahunan dan sebagainya bolehlah ditulis dalam bahasa Melayu. Melalui cara ini martabat bahasa Melayu dapat ditingkatkan. Masyarakat dapat mempraktikkan bahasa Melayu bukan sahaja di Malaysia, bahkan di rantau Asia Tenggara. Dengan ini bahasa Malaysia akan mempunyai identiti dan maruah yang tersendiri..

Selain itu sektor swasta haruslah lebih prihatin dalam soal penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam pengiklanan. Sektor swasta perlu mengikis prasangka terhadap kemampuan bahasa Melayu. Keyakinan dan perubahan sikap sektor swasta terhadap penggunaan bahasa Melayu dapat menjadikan bahasa Melayu sebagai pelopor dalam pengiklanan.Usaha ini patut dilaksanakan secara menyeluruh dengan meningkatkan paparan iklan dalam bahasa Melayu.

Pihak swasta sewajarnya meningkatkan penguasaan tatabahasa Melayu bagi mengelakkan pencemaran bahasa kerap kali berlaku. Usaha sektor swasta untuk memertabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi boleh ditonjolkan dalam urusniaga yang berbentuk dokumen. selain mempergiat penterjemahan dokuman ke dalam bahasa Melayu sebagai contohnya borang-borang bank, polisi insuran dan surat perjanjian perumahan. Kegiatan ini diperlukan memandangkan kebanyakan rakyat Malaysia kini berpendidikan Melayu. Ini merupakan satu cara yang berkesan untuk meningkatkan nilai ekonomi bahasa Melayu seterusnya dapat mengantarabangsakan bahasa yang kita sayangi ini. Dokumen seperti minit mesyuarat dan notis-notis yang disiarkan melalui akhbar dengan penggunaan bahasa Melayu pasti memberangsangkan perkembangannya.

Sektor swasta juga perlu memartabatkan bahasa Melayu melalui bidang pendidikan. Melalui institusi pengajian tinggi ini, negara Malaysia akan melahirkan para siswazah yang cerdik pandai serta sebati dengan bahasa Melayu bukan hanya pelajar Malaysia malah dikalangan pelajar antarabangsa.

6.3 Peranan Kita Sebagai Rakyat Malaysia

``Bahasa Jiwa Bangsa''. Ini bermakna bahasa apa yang kita daulatkan, maka bahasa itulah yang membentuk jiwa kita yang sekaligus memercikkan jati diri kebangsaan. Justeru, jika kita seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan asal-usul mendaulatkan bahasa kebangsaan, akan terzahirlah citra dan keperibadian kita sebagai satu bangsa Malaysia. Sebaliknya, jika kita mendaulatkan bahasa-bahasa asing, akan terpancarlah `jati diri asing'. Lantas, akan terencatlah pembentukan jati diri kita sebagai bangsa Malaysia.

Untuk menghakikatkan gagasan ini bukanlah mudah, apatah lagi jika kita sebagai rakyat Malaysia mendaulatkan bahasa-bahasa asing di negara kita sendiri - dogma pemikiran bahasa yang aneh sekali pada zaman pasca kolonialisme. Dalam konteks pembinaan bangsa Malaysia dan pemajuan negara menurut acuan kemalaysiaan sendiri, pendaulatan hanyalah kepada bahasa kebangsaan dan bukannya bahasa-bahasa asing. Inilah prinsip umbi yang seharusnya kita junjung, jika benar kita serius untuk menghakikatkan gagasan pembentukan bangsa Malaysia, seperti kata pepatah di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

Justeru itu, kita dituntut menguasai bahasa asing, tetapi janganlah pula jiwa dan pemikiran kita dikuasai oleh bahasa asing. Ini bukanlah budaya bangsa yang maju. Bangsa yang maju-moden perkasa menjunjung tiga pacak ketamadunan: Memartabatkan bahasa kebangsaannya, menyintai jati diri kebangsaannya (bukan perkauman-kesukuan) dan setia pada nusanya yang satu.

Perlu dinyatakan di sini hanya bahasa kebangsaan (bukannya bahasa asing atau bahasa ibunda) yang dapat menitiskan semangat satu bangsa, menyerapkan roh sebangsa, senegara dan menyemarak jati diri kebangsaan (lawannya identiti perkauman), di samping pendaulatan bahasa kebangsaan yang menjadi bukti ketaatsetiaan, penghormatan dan pemuliaan kepada nusa tercinta. Malah, bahasa kebangsaan jugalah yang berperanan sebagai bahasa ilmu (dalam segenap bidang), bahasa pentadbiran, bahasa ekonomi, bahasa sosial dan bahasa peradaban moden. Oleh itu, kepentingan bahasa kebangsaan sebagai wadah terpenting - selain wadah pendidikan dan kebudayaan kebangsaan, untuk membentuk keperibadian bangsa Malaysia bersemboyankan gagasan ``satu bahasa, satu bangsa, satu nusa'', jelas tidak sewajarnya disangsikan oleh sesiapa pun.

Di sini terletaknya peranan bahasa kebangsaan dalam rancangan merealisasikan Wawasan 2020. Sekiranya kita mengabaikan peranan dan kepentingan bahasa Melayu, ini bermakna kita telah tergelincir daripada gerabak pembentukan bangsa Malaysia itu sendiri. Kejayaan pembentukan negara-bangsa Jepun, Korea, selain pengasasan negara-bangsa di benua Eropah dan Amerika Syarikat, sewajarnyalah kita teladani. Mereka terbukti telah berupaya memodenkan negara sekali gus membina bangsa dengan memertabatkan bahasa kebangsaan negara-bangsa masing-masing.

6.4 Peranan Media Massa

Dalam era globalisasi kini, perkembangan media massa sebagai alat atau medium penyampai maklumat yang pantas tidak dapat dipertikaikan. Ia memberikan satu momentum baru dalam kehidupan manusia. Jika dahulu penggunaannya terbatas namun dengan kecanggihan teknologi segala maklumat dapat diperolehi dengan mudah.

Kemudahan ini telah memberi peluang bagi mengantarabangsakan bahasa Melayu. Segala maklumat dapat diakses melalui portal-portal yang dicipta dan disebarkan melalui sesawang atau internet oleh mana-mana individu. Proses-proses kempen memartabatkan bahasa melayu dapat dilakukan oleh pencinta bahasa Melayu.

6.5 Peranan Golongan Elit dan Akademik

Golongan intelek dan elit bangsa Malaysia, yang kebanyakannya daripada kelas menengah terdiri daripada professional, ikhtisas seperti peguam,doktor, pentadbir dan seumpamanya adalah amat penting diwujudkan dengan segera.Golongan ini seharusnya sanggup membuktikan kebolehan mereka dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan dan penulisan secara global.

Sikap tolak ansur dalam melaksanakan dasar bahasa harus diketepikan, sebaliknya diketengahkan sikap memperjuangkan jati diri terhadap bahasa kebangsaan. Dengan adanya semangat cinta akan bahasa dan bangsa sendiri, alasan sesetengah pihak untuk mengubah suai dasar bahasa berteraskan tuntutan nasiolisme, desakan gelombang pasaran bebas dan kemajuan teknologi maklumat dapat dibendung. Kerjasama dari golongan ini amat diperlukan bagi mengukuhkan jati diri rakyat Malaysia terhadap bahasa kebangsaan.

Kerjasama yang utuh sesama mereka untuk memperjuangkan hasrat memperkasa peranan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi di Malaysia, terutama ketika negara sedang mendepani globalisasi amat diharapkan Selain mereka hasrat murni ini memerlukan penyertaan dan komitmen setiap pihak yang prihatin dan berkepentingan, sama ada individu mahu pun kumpulan dalam kalangan pelajar atau sesiapa sahaja yang cintakan bahasa Melayu.

7.0 Usaha Pihak-Pihak Lain Untuk Mengantarabangsakan Bahasa Melayu

Pengantarabangsaan bahasa Melayu bermaksud menjadikan bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa yang dikenali dan difahami sekaligus digunakan oleh penutur asing yang tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama Negara. Justeru, bahasa Melayu patut dikembangkan di seluruh dunia agar menjadi salah satu bahasa komunikasi penting pada peringkat antarabangsa.

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM) mengambil inisiatif untuk mengadakan kerjasama dengan negara Kemboja dalam usaha untuk mengembangkan bahasa Melayu ke persada antarabangsa.Program kebahasaan ini diteruskan lagi pada tahun 2003 dan 2005 sebagai kesinambungan usaha terdahulu dalam melatih tenaga pengajar dalam kalangan mereka untuk disampaikan pula kepada masyarakat Kemboja yang lain. Pada tahun 2008 program kebahasaan ini telah diadakan pada 16 hingga 19 Jun yang lalu. Program dimulakan dengan Kursus Penataran Bahasa Melayu selama tiga hari dari 16 hingga 18 Jun di Dewan Pejabat Mufti Kerajaan Kemboja. Seramai 30 orang peserta yang mewakili setiap daerah di seluruh Kemboja seperti: Battambong, Kratie, Kandal, Kampung Cham, Kampung Chnang, Siem Reap dan Phnom Penh menghadiri kursus tersebut.

Di Moscow pula terdapat dua buah universiti yang menawarkan kursus Bahasa Melayu, iaitu Institut Pengajian Negara-negara Asia dan Afrika dan Institute of Applied Oriental Studies, Moscow States University (MSU). Terdapat beberapa orang tokoh ilmuwan yang berminat dengan negara Malaysia dan mereka berusaha gigih untuk memperkenalkan budaya Malaysia serta bahasanya kepada orang Russia. Salah seorang daripada tokoh tersebut ialah Dr. Boris Parnickel. Pada tahun 1963 beliau menghasilkan sebuah buku berbahasa Rusia yang pertama memperkenalkan sastera Melayu moden Malaysia kepada pembaca di Rusia. Buku yang berjudul Di Tepi Jalan diterjemahkan daripada cerpen A. Samad Said, penulis Melayu Angkatan 50-an. Seorang lagi tokoh ialah mendiang Dr. Andrey Pavlyatenko yang julung kali memulakan kursus bahasa Melayu dan Pengajian Malaysia pada tahun 1967, tetapi kursus itu merupakan kursus tambahan kepada bahasa Indonesia.

Pengajaran bahasa Melayu juga telah berlaku di Jerman . Bahasa Melayu telah diajarkan di universiti-universiti di Hamburg , Cologne , Bonn dan Frankfurt di Jerman Barat. Pengajaran bahasa Melayu sebenarnya telah dilakukan oleh pensyarah yang merupakan penutur jati bahasa Melayu yang telah menggabungkan bahan-bahan pengajarannya sendiri. bahasa Melayu telah mula diajarkan bukan sahaja di empat buah universiti, bahkan di universiti-universiti lain yang menyelidik dan mengajar dalam bidang sosiologi, sejarah, antropologi dan pengajian Asia . Kini bahasa Melayu diajar di universiti-universiti di Bonn, Pasau, Hamburg, Frankfurt, Cologne, Bremen, Gottingen, Munchen, Bielefeld dan Mainz, yang kebanyakan pelajarnya adalah di peringkat sarjana.

Justeru, kepesatan perkembangan bahasa Melayu yang berlaku harus menjadi kebanggaan para penuturnya dan secara berterusan harus menyokong dan mendaulatkan bahasa Melayu supaya bahasa ini akan terus membentuk kecemerlangan tamadunnya sendiri.

Penutup

Bahasa Melayu sememangnya sudah mencatat kegemilangan apabila telah menjadi bahasa antarabangsa suatu ketika dahulu meskipun perubahan zaman telah merubah kedudukan bahasa melayu. Mendaulatkan bahasa Melayu bukan bererti menyisihkan bahasa-bahasa lain dan menganggapnya sebagai bahasa bahasa yang mesti dipinggirkan dalam setiap aspek kehidupan. Sebagai bahasa yang pernah melalui sejarah gemilang, bahasa melayu semestinya terus-menerus digerakkan untuk mengembalikan kegemilangannya. Bahasa Melayu sewajarnya duduk sebaris dengan bahasa antarabangsa yang lain dan masyarakat antarabangsa sewajarnya diperkenalkan kepada bahasa Melayu.

Realiti yang berlaku membuktikan bahawa kecemerlangan sesuatu bangsa itu bukan terjadi menerusi sesuatu bahasa asing yang dipelajari, malah kecemerlangan tersebut datangnya daripada bahasa sendiri yang menjadi teras pengembangan ilmu. Masyarakat Jepun yang kurang menggunakan bahasa Inggeris telah mampu memajukan negara mereka menjadi kuasa besar dunia berbanding negara India yang menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa kebangsaan masih mundur dan dihina. Matlamat dan misi untuk mengantarabangsakan bahasa Melayu akan menjadi satu realiti jika setiap warganegara Malaysia memainkan peranan masing-masing dalam mendaulatkan dan mengembangkan bahasa ini bukan sahaja di peringkat dalaman tetapi menyerlah ke peringkat global.

Ringkasnya, peranan, media massa, kerajaan mahupun sektor swasta dan kita semua sama ada golongan professional atau masyarakat umum sebagai rakyat Malaysia amat penting untuk memertabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi dalam semua aspek. Pelaksanaan memartabatkan bahasa Melayu sewajarnya dilaksanakan secara sukarela dan berterusan agar Bahasa Melayu terus gah gemilang bersaing di persada antarabangsa.
1. Siri Teks STPM Bahasa Melayu Kertas 1, Longman, Goay Teck Chong, Choo Say Tee.2001, m.s :

Friday, February 6, 2009

Kek Rampai Payung
bahan-bahan
10 bj telur
450g butter
300g gula halus
1 1/2 tin susu tepung gandum
1/2 tin susu pekat manis
1 cawan horlick
1 cawan milo
1 cawan jem campuran
1 tin kecil kaya
1 sudu teh vanilla
cara
pukul gula dan butter hingga putih
masukan telur n pukul
masukan tepung, susu dan vanilla n kacau
bahagikan adunan kepada 4 bahagian
1 bhg. warna hijau n jem campuran
1 bhg warna kuning n horlick
1 bhg warna coklat n milo
1 bhg warna merah n kaya
kemudian semasa bakar , guna api atas bawah untuk lapis pertama dan lapis seterusnya guna api atas sahaja.. sebelum bakar, sapukan loyang dengan butter n taburkan sedikit tepung untuk elak adunan dari melekat.

Kek lapis Sarawak kukus

kek lapis sarawak

assalamualaikum
lama dah tak dapat surf internet, busy sesangat tambah lagi internet slow, problem kot
ni saya nak post resepi kek lapis Sarawak yang diberi oleh rakan guru dari Sarawak, Kak Dayang Jemaiyah, k.Dayang selalu bawak kek ke sekolah.. best kek2 yang k.dayang buat. kat bawah ni saya bagi 2 resepi, grenti jadi kalau buat ikut step2 yang diberi katanya..

Kek Lapis Tun Perak
Bahan-bahan
10 bj telur ayam
450g butter
1 1/2 tin ( tin susu) tepung gandum
1 tin gula halus
1/2 tin susu pekat
1 botol kecil jem nanas
1/2 gelas koko van houten
1 peket kecil horlick
cara:
pukul mentega dan gula hingga kembang, masukkan telur n pukul
masukkan susu dan tepung, kacau
bahagikan adunan 2 bahagian
1 bahagian warna kuning dan campurkan horlick
1 bahagian warna coklat dan campurkan jem nanas
kemudian kukus adunan sesenduk selang seli warnanya
pastikan semasa mengukus kek , loyang ditutup dengan aluminium foil untuk elak air wap masuk ke dalam kek

Friday, January 16, 2009

Lets donate 4 Gaza!

kutipan derma kilat untukmu Gaza peringkat sekolah dilancarkan hari ini..start hari isnin deppan murid mula menderma, semoga derma ini dapat disalurkan kepada Gaza dan dapat memberi manafaat untuk mereka walaupun tidak seberapa dibandingkan dengan penderitaan dan kesengsaraan yang mereka alami

Tuesday, January 13, 2009

save gaza


SAVE Gaza

Boikot! Boikot! dan terus Boikot!

Kekejaman dan keangkuhan Israil di Gaza terhadap ummat Islam yang tidak berdosa sudah pastinya menyentap kesabaran kita sebagai ummat Islam dibawah aqidah yang satu. Namun, apakah sumbangan kita terhadap saudara seislam ini? Apakah kita hanya menatap dan merenung kesengsaraan mereka melalui kaca televisyen saja? atau hanya mendengar berita peluru2 yang menghujani kediaman mereka melalui corong-corong radio canggih kita saja? Ayuh sahabat! sama-sama kita berjuang nafsu dan jiwa , kehendak dan citarasa daripada menggunakan barangan yang dikeluarkan oleh negara Israil dan sekutu-sekutunya! Bebaskan diri kita dari belenggu barangan keluaran musuh durjana ini!!!!! Boikot! terus Boikotttt!!!! Sama- sama kita menderma untuk kesejahteraan Ummat Islam di Gaza.

Friday, January 9, 2009

mabruq alaikuma

Tahniah buat k.long syakirah and k.ngah una (kedua anak buahku) atas kejayaan dalam spmu (mumtaz) dan pmru(10A) masing-masing....nak hadiah daripada maklang tak? tungguuu.....strugge 4 your spm and pmr this year okes!



Thursday, January 8, 2009

maal hijrah 09

Sambutan maal Hijrah 1430H peringkat sekolah telah dijalankan pada 8 Feb. 2009. Ceramah pendek telah disampaikan oleh Ustaz Helmi bin Mohammad. Pengagihan bubur asyura kepada murid-murid dilakukan sebelum murid pulang ke rumah. Didoakan semoga anak-anak didik kami akan lebih cemerlang dalam akhlak dan akademik pada tahun ini.

Lesson note ict

Buka sesi persekolahan baru 2009, Sk Seri Taman Kluang Barat juga telah melangkah ke era ict dalam penyediaan rancangan pengajian harian. Bagi saya ia adalah satu pembaharuan yang baik dan amat saya sokong. Bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran ict malah kerja lebih efisyen dan kemas. Tahniah kepada pihak pengurusan sekolah! walaupun pada peringkat awal terdengar rungutan-rungutan kecil daripada guru-guru , diharap perkara tersebut menjadi satu cabaran kepada kita dan kira sahut dengan hati yang lapang... insyaallah.