CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, August 11, 2009

Hari ni maybe ada kelapangan sikit so guna masa ni untuk jenguk blog yang dah lama tak update. Tiap-tiap hari online tapi tak berkesempatan nak publish something....selalunya si kecikku Sarah aje yang dapat ngadap komputer...buat ape lagi, tengok kartun la..kekadang pasang cd pelajaran untuk dia..asalkan dia minat untuk belajar, elok galakkan saja...

Now tengah kecoh dengan virus merbahaya AHINI.. semoga Allah menyelamatkan seluruh keluarga kami daripada penyakit tersebut...Ya Allah selamatkan seluruh kaum Muslimin dan Muslimat daripada penyakit ini...amin
Isu utama dalam pengurusan kokurikulum di sekolah
Oleh: Aireza//ziella

Pendahuluan

Kokurikulum merupakan salah satu aktiviti yang wajib dijalankan di semua sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Aktiviti kokurikulum di sekolah diyakini dapat membentuk dan mendidik murid-murid agar menjadi warga yang mementingkan gaya hidup aktif dan sihat. Lantaran itu, ia dapat mengimbangi perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek murid-murid selaras dengan pertumbuhan fizikal.
Kementerian Pendidikan Malaysia amat perihatin terhadap perkembangan sahsiah yang menyeluruh dan seimbang serta kecerdasan murid-murid sekolah. Sehubungan itu, Bahagian Pendidikan Guru (BPG) memainkan perana yang penting dalam menyediakan guru-guru yang berpengetahuan, berkemahiran dan profesional untuk mendidik murid-murid agar menjadikan kecerdasan dan penampilan diri yang positif sebagai budaya dalam kehidupan harian mereka.
Mata pelajaran Gerak Kerja Kokurikulum (GERKO) dapat memberi peluang kepada murid untuk menimba ilmu pengetahuan, kemahiran serta membina sahsiah positif dan murni dalam kehidupan mereka. Pelajar-pelajar yang kurang upaya juga diwajibkan mengikuti mata pelajaran ini yang diubahsuai khas untuk mereka. Malah bagi sekolah-sekolah yang tidak menjalankan aktiviti kokurikulum boleh didakwa dan didenda mengikut arahan pekeliling kementerian yang telah diedarkan ke sekolah-sekolah di seluruh Malaysia..
Mata pelajaran GERKO ini membolehkan murid-murid mempelajari komponen unit beruniform, sukan permainan, persatuan dan kelab secara amali dan teori secara bersepadu. Semua mata pelajaran ini diharap dapat dapat mengembangkan minda, bakat dan potensi kepimpinan muri-murid secara menyeluruh, seimbang dan berterusan. Semua mata pelajaran yang dipelajari semasa proses pengajaran dan pembelajaran akan dapat dipraktikkan semasa aktiviti koko. Dengan kata lain kokurikulum adalah pelajaran secar tidak formal di luar bilik darjah.

Terdapat beberapa isu yang melibatkan pengurusan kokurikulum di kebanyakan sekolah.. Antara isunya di dalam pengurusan kokurikulum di sekolah ialah dalam aspek pengurusan masa. Setiap sekolah diberi masa sekurang-kurangnya dua jam untuk melaksanakan aktiviti kokurikulum di sekolah masing-masing. Sekiranya sekolah tesebut menjalankan pengajaran dan pembelajaran dua sesi iaitu pagi dan petang, pihak pengurusan koko juga mesti membuat jadual kokurikulum bagi sesi pagi dan petang.

Pada kebiasaannya bagi pentadbir kurikulum dan kokurikulum sekolah akan menghadapi kesukaran membuat 2 set jadual waktu pengajaran dan pembelajaran yang berlainan apabila melibatkan aktiviti koko dan kurikulum. Aktiviti badan beruniform dan kelab biasanya dijalankan selepas tamat sesi p & p pada hari Rabu, iaitu pada waktu tengahari. Berlainan dengan komponen bagi sukan dan permainan, aktiviti tersebut lebih sesuai dijalankan pada waktu pagi untuk latihan praktikal.Oleh yang demikian, aturan jadual berlainan diperlukan bagi kedua-dua komponen ini bagi setiap minggu. Selalunya berlaku pertindihan waktu antara aktiviti yang dirancang oleh pengurusan kurikulum dengan kokurikulum. Akibatnya sesetengah pelajar akan keciciran daripada mengikuti aktiviti kokurikulum , contohnya murid tahun 6 yang terlibat dengan kelas tambahan tidak akan berpeluang untuk mengikuti aktiviti koko.

Aktiviti yang berlainan pada setiap minggu juga memaksa guru dan murid mengingati jadual giliran samada aktiviti kelab, persatuan, permainan atau badan beruniform. Ini menyebabkan sesetengah murid salah memakai pakaian seragam yang sepatutnya dipakai pada minggu tersebut. Bagi mengelakkan perkara ini, seharusnya bagi pentadbir sekolah perlu membuat jadual yang lebih efektif dan mudah untuk guru dan murid mengingatinya.

Disebabkan oleh kekangan waktu dan jumlah guru pemimpin yang terhad juga, kadangkala aktiviti kokurikulum tidak dapat berjalan lancar seperti yang dirancang. Oleh yang demikian untuk mengelakkan hal ini berlaku maka, pihak pentadbiran sekolah haruslah memastikan setiap guru-guru yang ada mestilah mempunyai kemahiran yang maksimum dalam ilmu GERKO supaya aktiviti koko dapat dijalankan dengan lancar walaupun hanya seorang guru pemimpin yang mengendalikan aktiviti bagi setiap kumpulan dalam sesuatu masa.

Masa yang digunakan untuk kokurikulum juga kadang-kadang tidak dapat dijalankan secara optimum kerana kehadiran guru yang tidak menepati masa disebabkan urusan-urusan lain yang menganggu. Akibatnya masa dua jam yang diperuntukan menjadi kurang cekap dan terbuang. Murid-murid juga akan berkeliaran dan membuang masa tanpa sebarang aktiviti. Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini, ketepatan masa amat perlu dipatuhi untuk memastikan jam yang diperuntukkan untuk koko digunakan secara berkesan dan efisyen.

Seterusnya, aktiviti kokurikulum bukan sahaja tertumpu di dalam kawasan sekolah, malah adakalanya murid-murid perlu diberi pendedahan diluar kawasan sekolah untuk merasai pengalaman sebenar kehidupan. Aktiviti sampingan seperti lawatan sambil belajar yang boleh dikaitkan dengan aktiviti koko juga tidak dapat dijalankan pada masa kokurikulum kerana masa yang terhad. Contohnya jika Kelab Pencegahan Jenayah dan Anti Dadah ingin mengadakan lawatan ke pusat-pusat pemulihan ataupun ke penjara, maka mereka terpaksa mengatur waktu yang lebih sesuai untuk menjalankan program tersebut. Oleh yang demikian, jika diperhalusi maka terdapat aktiviti-aktiviti yang memerlukan masa lebih dari 2 jam untuk dijalankan program, atau dengan kata lain, peruntukan masa 2 jam yang diberi juga perlu dikaji dengan teliti adakah ia masih relevan atau sebaliknya.

Penutup
Kesimpulannya, aktiviti kokurikulum atau Gerko amat berguna dan baik kepada semua murid mengikutinya, malah aktiviti ini dapat menjadikan murid lebih berdisplin, berdikari, patuh arahan pemimpin, bekerjasama atau lebih tepat dikatakan kokurikulum merupakan pelengkap kepada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas yang mana murid dapat membentuk nilai-nilai positif dan murni di dalam diri mereka. Bertitik- tolak daripada kebaikan dan kelebihan tersebut, maka seharusnya masalah-masalah kecil yang timbul dalam pengurusan kokurikulum sekolah haruslah ditangani dengan bijak dan berhemah agar semua pelajar akan dapat menjalani dan mengikuti semua aktiviti yang