CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, March 14, 2009

cerita kisah anbiyak- nabi zulkifli yang saya karang untuk anak murid ke pertandingan mtq zon..
Kisah Nabi Zulkifli a.s

Assalamualaikum w.w.th

Terima kasih tuan pengerusi majlis ,barisan panel hakim yang sentiasa menegakkan keadilan
Penjaga masa yang setia, guru-guru serta rakan-rakan hadirin sekelian.
Firman Allah Taala :


Yang bermaksud :
" Dan Ingatlah kisah Ismail, Idris dan Zulkifli…semua mereka termasuk orang-orang yang sabar, kami telah masukkan mereka ke dalam rahmat kami ..sesunggguhnya mereka termasuk orang-orang yang soleh…

Kawan-kawan…..

Nabi Zulkifli adalah putera Nabi Ayub a,s. Nama asalnya ialah Basyar. Allah Taala telah mengangkat menjadi nabi dan rasul sesudah kewafatan ayahndanya nabi ayub. Nabi Zulkifli adalah nabi yang ke 13 daripada 25 nabi dan rasul yang wajib diketahui. Beliau juga adalah termasuk kalangan nabi yang menjadi raja disamping berdakwah kepada kaumnya ke jalan Allah.

Sajak:

Nabi Zulkifli nabi mulia
Tidak kenal putus asa
Menasihati kaumnya kepada yang Esa
Menjauhi daripada menyembah berhala

Rajin berpuasa di siang hari
Beribadah pula di malam hari
Nabi Zulkifli nama diberi
Bererti sanggup memegang janji

Kawan-kawan….

Begitulah soleh dan rajinnya nabi Zulkifli beribadah sebelum menjadi raja mahupun selepas menjadi raja , sehinggakan Allah s.w.t telah mengurniakan kepada beliau nikmat yang berlipat ganda sebagai balasan amal kebajikan yang di lakukan. Kita juga patut mencontohi ketaatan dan sifat baik nabi Zulkifli untuk mendapat keredhaan dan rahmat daripada Allah s.w.t

Kawan-kawan….

Sebelum nabi Zulkifli menjadi raja, telah dikisahkan bahawa raja Israil, iaitu Ilyasa sudah tidak berdaya untuk memerintah dan tidak ada zuriat yang dapat menyambung pemerintahannya,..maka beliau telah memanggil semua pemuda di negeri itu untuk memilih penggantinya. Raja tersebut telah meletakkan beberapa syarat iaitu barangsiapa yang mahu menjadi raja, orang tersebut mestilah adil dalam pemerintahan, tidak menzalimi rakyat, berpuasa di siang hari , beribadah di malam hari dan tidak boleh marah-marah….

Kawan-kawan… disebabkan syarat yang ketat itu maka tiada seorang pemuda pun yang sanggup menerima tawaran tersebut… maka tampillah seorang pemuda bernama Basyar yang telah menerima syarat tersebut dan berjanji akan melaksanakannya … bermula hari itu Basyar dikenali sebagai Zulkifli yang bererti orang yang sanggup memegang janji

Begitulah hebatnya kawan-kawan nabi zulkifli yang sanggup memikul tanggungjawab yang besar semata-mata kerana ingin memimpin rakyat dan menyeru mereka menyembah Allah yang esa. Kita patut mencontohi keberanian dan ketabahan yang ditunjukkan oleh nabi Zulkifli supaya kita dapat menjadi mukmin yang berjaya dan dihormati.
Firman Allah :



Yang bermaksud : Maha suci Allah yang ditangannya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepadanya kami dikembalikan.

Kawan-kawan nak tau apa lagi keistimewaan nabi zulkifli?

Ha….nabi zulkifli juga seorang yang bijak dan sangat pakar dalam memberi hukum hakam masalah agama.

Nabi Zulkifli bijak bistari
Segala masalah dapat ditangani
Hati rakyat dapat dimenangi
Membawa rahmat dari Ilahi….

Pemerintahan adil lagi dikagumi
Membantu rakyat sangat digemari
terutama yang fakir dan miskin diri
Sehingga disegani dipelusuk negeri

Ingatlah wahai kawan-kawan…..

Walaupun kita menjadi orang yang berpangkat dan dihormati, kita tidak seharusnya melupakan Allah s.w.t kerana segala kesenangan dan kemewahan itu datangnya daripada Allah jua. Bersyukur dan ingatlah kepda Allah walau dalam keadaan apa sekalipun.
Begitulah kehidupan nabi Zulkifli yang senntiasa menjaga hubungannya dengan Allah dan mengabdikan diri berkhidmat kepada rakyatnya sehingga beliau setiap hari menyiapkan jadual waktu yang tersusun supaya kepentingan dirinya terhadap Allah dan pemerintahan negeri berjalan seiring dan lancar.

Firman Allah :

Yang bermaksud : dan ingatlah kisah Iismail, ilyasa dan zulkifli termasuk orang-orang yang paling baik.

Kawan –kawan semua…

Walaupun nabi zulkifli mendapat kesenangan, namun beliau tidak lari daripada mendapat ganguan dan ujian…antaranya beliau mahu diperdaya oleh syaitan yang menyamar menjadi manusia . Syaitan itu telah datang ke kediaman nabi Zulkifli ketika baginda sedang berehat. Syaitan telah berpura-pura menjadi tetamu dan berupaya memancing kemarahan nabi zulkifli…

.apa yang terjadi seterusnya kawan-kawan? Walaupun syaitan telah masuk ke rumah nabi zulkifl dengan cara paksa , namun nabi tetap bersabar dan menerima kedatangan si tetamu tersebut dengan lapang dada… malang sungguh bagi syaitan itu telah gagal untuk memperdaya dan gagal membuatkan nabi zulkifli marah. Beliau tetap berpegang teguh kepada janjinya supaya tidak marah-marah .
Firman Allah :


"Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar"

"Begitulah kawan-kawan bertapa hebatnya kesabaran nabi zulkifli menghadapi segala ujian dan ancaman yang datang tanpa sedikitpun melanggar janji-janji yang dipegang dengan raja ilyas. Kita juga patut mencontohi sifat sabar dan sifat menunaikan janji nabi zulkifi. Ingatlah…. orang yang tidak menunaikan janji adalah termasuk di kalangan orang yang munafik.

Nabi zulkifli juga pernah menghadapi kaumnya yang derhaka dan tidak mahu mengikut perintah Allah. Nabi Zulkifli telah mengarahkan rakyatnya memerangi orang-orang yang durhaka tetapi sesetengahnya enggan menurut perintah beliau malah mereka menyuruh nabi zulkifli menjamin kehidupan mereka kerana mereka mahu menikmati kesenangan hidup di dunia ini…
dengan penuh sabar nabi zulkifli tetap menunaikan hajat kaumnya dan beliau telah memohon dan berdoa kepada Allah supaya permintaan mereka dikabulkan. Maka Allah telah memperkenankan doa nabi zulkifli.

Kawan- kawan…

Jika kita tabah dan cekal serta tidak berputus asa dalam kesukaran yang kita hadapi, kita akan mendapat balasan yang setimpal daripada Allah taala seperti yang diperolehi olah nabi Zulkifli a.s.
Firman Allah Taala:



Yang bermaksud : " sesungguhnya yang berputu sasa daripada rahmat Allah Adalah orang-orang kafir.

Ikan tongkol ikan duri
Sekian dulu saya mengundur diri

Wabillahi taufik wal hidayah

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

No comments:

Post a Comment