CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, April 20, 2009

PENDAHULUAN

Penyalahgunaan dadah di Malaysia bukanlah satu fenomena baru. Ia mempunyai kaitan rapat dengan pembangunan ekonomi negara pada awal abad kesembilan belas, iaitu bermulanya kemasukan buruh asing ke negara ini.

Buruh asing yang dibawa masuk untuk bekerja dilombong dan lading membawa bersama mereka tabiat menghisap candu dari negara asal mereka. Penagihan candu mula menjadi satu masalah kepada pihak penjajah pada penhujung abad kesembilan belas. Pihak inggeris mula mengambil langkah mengawal penjualan pengedaran candu.

Dalam 1910, selaras dengan kehendak ‘Konvensyen Shanghai’, kerajaaan penjajah telah mengambil alih pengimportan dan penjualan candu melalui kedai-kedai candu kerajaan. Pada 1925, sejajar dengan ‘Konvensyen Geneva Mengenai Candu’, candu hanya boleh dijual kepada mereka yang berdaftar sebagai penghisap ‘bona-tide’ saja.

Pada 1934, selaras dengan perakuan Suruhanjaya Penyiasat Liga Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Candu, kawalan lebih ketat dilakukan. Candu hanya boleh dijual kepada mereka yang diperakukan oleh pengamal-pengamal perubatan saja. Selain daripada penggunaan candu ada juga penggunaan morfin. Menurut laporan Suruhanjaya Candu 1909 menyatakan penggunaan morfin oelh penagih candu telah meningkat. Di samping candu dan morfin ada juga penggunaan ganja, namun penggunaannya pada masa itu tidak menjadi masalah. Tiada sebarang sekatan atau larangan yang dikenakan kepada penggunanya.

Pada 1952, Kerajaan telah memperkenalkan ‘Ordinan Dadah Berbahaya’yang antara lain kandungannya melarang memiliki, menggunakan, pembuatan, penjualan dan pengimportan segala jenis dadah merbahaya. Menjelang akhir 1960-an, seperti juga dengan kebanyakan negara di rantau ini, corak penggunaan dadah telah berubah.
Antaranya :
1) Penagih terdiri daripada golongan muda dari semua kaum.
2) Berbagai dadah berbahaya digunakan, termasuklah dadah sintetik
3) Cara penggunaan dadah adalah lebih berbahaya.

Golongan muda belasan tahun adalah sebahagian besar yang menyebabkan
bertambahnya bilangan penagih dadah. Sebilangan besar daripada mereka menggunakan heroin dan morfin. Di samping itu ganja juga adalah dadah yang popular. Penyalahgunaan bahan psikotropik, seperti pil-pil methaqualone, amfetamin, barbiturat dan lain-lain juga ketara.

Tahun 1960-an adalah tahun pengaruh corak kehidupan ‘hippy’ telah meninggalkan kesan ke atas golongan muda di negara ini. Mereka terpengaruh dengan tabiat penggunaan dadah yang diamalkan oelh kumpulan hippy. Ganja adalah salah satu jenis dadah yang digunakan oleh kumpulan ini. Penggunaannya di kalangan golongan muda lama kelamaan berubah kepada penggunaaan heroin dan morfin yang lebih berbahaya.

PENGERTIAN DADAH
Dadah ialah apa-apa juga bahan kimia, samada asli atau tiruan, apabila dimasukkan kedalam tubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental.

JENIS-JENIS DADAH
Dadah boleh dibahagikan kepada empat bahagian.
Penenang seperti Barbiturat, Mandrax, dan alkohol
Perangsang (stimulants) seperti Amfetamin atau dikenali sebagai Pep Pills yang disalahgunakan oleh kalangan pelajar semasa henda mengambil peperiksaan
Hayalan adalah dadah perosak jiwa seperti ganja
Narkotik seperti candu, morfin, heroin dan Penthidin.

Jenis-jenis dadah adalah seperti berikut :

Heroin
Heroin ialah sejenis dadah yang dihasilkan dengan cara penghabluran candu dengan sejenis kimia (asid-acetate). Heroin sebenarnya beberapa kali ganda lebih kuat dari morfin. Heroin yang dibeli di pasaran gelap, adalah berwarna putih, tepung keputih-putihan atau tepung berbutir-butir berwarna coklat. Selalunya ia dibancuh atau dibuat dengan bahan-bahan seperti susu tepung atau gula tepung. Ia biasanya dibungkus dalam beg-beg kertas yang nipis dan terang, beg-beg plastik atsu dalam tabung gelas atau tiub plastik penyedut minuman (straw) yang kecil.
Heroin biasanya disalahgunakan dengan cara berikut :
i) Dimasukkan ke dalam rokok dan dihisap
ii) Dibakar dan dihidu asapnya.
iii) Dihidu dengan memasukkan ke dalam lubang hidung.
iv) Dimasuk hingga menjadi cecair dan kemudian disuntuk ke dalam urat dengan menggunakan jarum hipoderma.

Morfin
Morfin adalah candu yang aktif serta utama, dan digunakan untuk meringankan kesakitan. Bagaimanapun ia menduduko tangga kedua selepas heroin sebagai dadah yang disalahgunakan. Morfin disalahgunakan secara meluas oleh penagih terutama sekali pabila heroin susah untuk didapati. Sulfat morfin ialah cairan yang tidak berwarna dan tidak berbau. Morfin juga berbentuk empat segi, ringan dan berwarna putih. Selain itu morfin juga terdapat dalam bentuk tablet-tablet putih kecil atau kapsul. Di Malaysia, cara yang biasa untuk membungkus Morfin adalah dalam bungusan-bungkusan kertas kecil. Morfin juga dikenali dengan M, Dreamer, Morpho dan lain-lain lagi.
Morfin digunakan dengan cara memakan dalam bentuk kapsul, tetapi cara penggunaan yang sangat kerap ialah dengan cara suntikan ke dalam pembuluh dengan menggunakan jarum suntikan.

Ganja (Marijuana)
Ganja ialah sejenis dadah yang didapati dalam bunga dan daun-daun pokok Indian Hemp, Canabis Sativa. Pokok ini tumbuh liar di banyak tempat di Asia (termasuk Malaysia), Mexico, Afrika dan Timur Tengah. Daun ganja yang kering berwarna hijau pucat. Bau aapnya ialah bau rumput atau tali terbakar serta bau hangit. Ganja didapati di pasaran haram adalah dalam bentuk campuran, dibungkus dalam kertas coklat, biasanya berbentuk silinder. Hashish iaitu resin (gam) yang tulen dari pokok ganja dan dipasarkan dalam bentuk tongkol-tongkol berwarna coklat hitam seperti tanah liat yang keras. Ganja juga dikenali dengan Indian Hemp, Bhang, Barang, Tarik Daun, Loco weed dan lain-lain lagi.
Ganja biasanya digunakan dalam bentuk daun-daun yang kering dengan bunga pokok ganja yang dihancurkan. Ganja selalaunya dihisap dalam rokok atau paip dan juga boleh digunakan sebagai satu bahan dalam makanan. Rokok ini dibuat dengan menggulung daun-daub gabja itu dalam daun nipah yang biasanya digunakan atau dalam kertas rokok dengan digentel kedua-dua hujungnya.

Candu
Candu adalah cairan yang berupa susus yang kering dan dikeluarkan dari bunga popi yang muda. Pokok ini ditanam terutamanya di negeri-negeri Timur Tengah dan asia. Dalam bentuk asalnya, candu adalah berwarna, melekat-lekat,berbau wangi dan berupa tar. Kodein, morfindan heroin yang merbahaya yang dibuat dari candu dan lain-lain darinya dipanggil dadah narkotik. Candu adalah satu daripada dadah- dadah yang tertua yang digunakan oleh manusia. Candu juga dikenali dengan “O”, Pen Yan, Hop, Tar, Black Stuff Opium, Madat.
Candu selalunya dihisap dengan menggunakan paip. Satu cara lagi ialah dengan memanaskan candu itu dan menghidu wapnya melalui hidung atau mulut, dengan menggunakan kertas yang digulung atau lain-lain jenis alat yang berupa straw.

Amfetamin
Amfetamin mula-mula dihasilkan dalam tahun 1920 untuk kegunaan perubatan. Ia merupakan ubat perngsang kepada system saraf pusat dan terkenal dengan kebolehannya untuk menahan rasa mengantuk dan keletihan. Ia juga kadang-kadang digunakan untuk membunuh selera makan dalam usaha mengurangkan berat badandi bawah penyeliaan perubatan. Ubat perangsang yang sangat kerap digunakan ialah amfetamin,dekstroamfetamin dan methamfetamin. Amfetamin boleh dibeli secara sah dengan nasihat doctor, secara haram atau melalui pengedar dadah. Amfetamin juga dikenali sebagai Speed, Pep pills, Dexies, Ups dan lain-lain.
Amfetamin dimakan dalam bentuk tablet atau kapsul. Ada juga yang dalam bentuk cairan dan dimasukkan ke dalam pembuluh tetapi ini bukanlah satu cara yang lazim.

Barbiturat
Barbiturat adalah ubat penenang yang digunakan oleh doctor secara dos kecil
untuk seseorang itu tidur atau mengurangkan ketegangan. Mula-mula dikeluarkan dalam tahun 1846 dari asid barbiturat untuk melemahkan system saraf pusat. Kebanyakan barbiturat dijual dengan menggunakan nama-nama berakhir dengan “al”. Barbiturat juga dikenali dengan Down, Downers, Barb, Gootballs, Red, Redbird dan lain-lain lagi. Barbiturat dimakan dalam bentuk tablet atau kapsul.

Punca-Punca Penyalahgunaan Dadah

Mengikut kajian oleh pakar-pakar perubatan dan juga pakar-pakar yang membuat penyelidikan atas penagih-penagih dadah dan juga mereka-mereka yang menyalahgunakan dadah adalah seperti berikut:-

a) Ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba oleh dirinya sendiri.
b) Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya tiap-tiap jenis dadah itu.
c) Dipengaruhi oleh kawan-kawannya dan oleh sebab hendak menyesuaikan dirinya dengan sesuatu kumpulan yang sebaya dengannya.
d) Mencari ketenteraman jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah kehidupan.
e) Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya.
f) Untuk menghilangkan kerunsingan yang didatangkan oleh desakan ibubapa.
g) Tidak menggunakan masa lapangnya dengan perkara-perkara yang berfaedah.
h) Mengikut tekanan darah mudanya dengan sekehendak hatinya.
i) Kerana keporak perandaan rumahtangga.
j) Kerana tidak ada kemesraan yang baik diantara ibubapa dan anak-anak.
k) Kerana ingin berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada yang termampu olehnya.
l) Kerana adanya dadah dan kebijaksanaan pengedar-pengedar dadah untuk menjalankan pengaruhnya.
m ) Kurang pengetahuan Agama dan penghayatan nilai-nilai Agama.
n) Kerana mempunyai sikap sinis terhadap masyarakat yang pura-pura, masyarakat kebendaanm masyarakat yang tidak mengamalkan keadilan social dan masyarakat yang menentang pihak yang berkuasa.
o) Tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di Bandar-bamdar besar.

Kesan-Kesan Penagihan Dadah
Kesan buruk dadah boleh dilihat daripada 4 sudut yang berlainan:
1) Akibat ke atas diri sendiri

Akibat yang jelas ialah dari segi tingkahlaku diri penagih itu sendiri. Si penagih akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih-penagih dadah, penjenayah serta penipu. Ia tidak bertanggungjawab kepada kerja atau persekolahannya.
Dari segi fizikal, penagih menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kelihatan berada dalam khayalan, penagih boleh kehilangan tenaga seks, pitam, pengasan, berperasaan ganas, rasa ketagihan yang berlebihan, sakit perut dan berkemungkinan mati kerana menambil dadah berlebihan. Daya tahan badan penagih akan menjadi lemah dan ia mudah dijangkiti pelbagai penyakit seperti kancing gigi, mandul dan sebagainya.

(2) Akibat ke atas keluarga penagih
Maruah dan nama baik keluarga penagih akan tercemar di kalangan masyarakat. Diri penagih boleh Diri penagih boleh menjadi bebanan kepada keluarganya kerana terpaksa menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya. Harapan ibu bapa ke atas anak yang telah terlibat dengan dadah menjadi musnah. Rumah tangga akan menjadi porak peranda. Perpisahan dan penceraian di antara ahli keluarga mungkin berlaku.

(3) Akibat ke atas masyarakat
Suasana hidup di dalam masyarakat tidak lagi tenteram kerana terdapatnya kejadian mencuri, merompak dan lain-lain yang dilakukan oelh penagih-penagih yang memerlukan wang untuk membeli dadah. Didapati 40% daripada banduan penjara adalah pesalah dadah. Keadaan seperti ini sudah tentu mengganggu keamanan, ketenteraman, ketertiban peraturan dan undang-undang negara.
Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan anak muda dengan dadah. Persengketaan dan perselisihan faham antara sebuah keluarga dengan keluarga yang lain boleh terjadi akibat penglibatan anak-anak dengan dadah.

(4) Akibat ke atas negara
Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah dadah yang melanda negara ini. Kos yang tinggi ditanggung oleh negara atau masyarakat, dari segi kos nyata (tangible) dan kos tidak nyata (intangible). Kos nyata termasuklah :
(a) Kehilangan/kerugian akibat pengurangan daya pengeluaran ekonomi;
(b) Kos bagi menyediakan kemudahan-kemudahan rawatan dan pemulihan
penagih dadah.
(c) (Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan;
(d) Kos kerana kerugian akibat daripada aktiviti-aktiviti jenayah yang berkaitan; dan
(e) Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasaan seperti menambahkan
bilangan anggota polis,kakitangan jabatan penjara, mahkamah, hospital dan sebagainya.
Kos tidak nyata yang mengakibatkan kerugian lebih besar yang mana sukar ditentukan jumlahnya dengan tepat, termasuklah ketakutan dan kekecewaan yang dialami oleh masyarakat dan mangsa aktiviti-aktiviti jenayah yang dilakukan oleh penagih dan pengedar dadah.
Golongan masyarakat yang terbesar terlibat dengan masalah dadah ialah kaum belia yang menjadi tulang belakang pembangunan negara dan bakal pemimpin. Perangkaan yang lalu membuktikan bahawa dari jumlah penagih yang dikesan, kira-kira 65% adalah terdiri daripada kaum belia yang berumur di antara 20 - 29 tahun. Ini jelas menunjukkan bahawa golongan yang menghadapi risiko yang tinggi ialah kaum belia yang menjadi harapan nusa dan bangsa.
Kesan dadah yang lebih buruk kepada negara ialah dari segi keselamatan dan ketahanan negara. Pengganas komunis dan anasir subvertif boleh menggunakan dadah sama ada :
(a) Untuk menghancurkan nilai-nilai, akhlak dan maruah negara secara langsung;
(b) Untuk menjadikan dadah sebagai punca kewangan bagi membiayai perjuangan mereka dan secara tidak langsung mendatangkan kesan buruk kepada keselamatan negara.
Kegiatan seperti ini telah terbukti di negara Burma, Afghanistan dan di beberapa buah negara Latin Amerika serta semasa penyerahan Hong Kong ke tangan British selepas Perang Candu di abad Kelapan belas

No comments:

Post a Comment